Selamat Membaca & Melayari blog Aku

Kemalangan Ngeri

23 Ogos 2010, Kemalangan ni berlaku di tempat yang sama dimana Lori roti dengan lori hantu bertembung iaitu laluan ke puncak alam berdepan dengan projek penjara yang sedang dibina, Kemalangan kali ini lebih tragis & boleh di katagorikan ngeri juga la bagi aku. Sbb kemalangan ni melibatkan motosikal & trelar membawa muatan besi serta menyebabkan kematian.Bagaimana kemalangan ni terjadi aku pun tak berani nak cakap.Aku malas nak cita panjang.Ko rang tengok la gambar2 yang sempat aku ambil.Sebelum tu mari la kita sedekah kan Al-Fatihah kepada mangsa tersebut kerana mangsa adalah berugama islam

Mayat telah di tutup sementara menunggu ambulan tiba


Gambar kemalangan dari jauh


Keadaan motosikal mangsa Yamaha 125z




Keadaan lori [lori tersebut telah merempuh kedai hardware dan berada di dalam parit kecil yang ada]

Laporan Trep Mancing

Alahamdulillah selamat pergi & pulang..
Seperti yang aku kata kan kat dalam blog aku ni,akan aku tulis & letak kan gambar2 trep mancing 7 ogos ari tu untuk tatapan korang.
Trep tu leh dikatakan hasil kurang memberangsang kan...tak tahu la knp..mungkin ikan belajar pose kot sebelum ramadhan tiba.sbb ikan gelama yg paling mudah dapat pun terlalu kurang.
Tapi alhamdulillah rezeki aku dapat ikan GRED A.
Bukan ikan sisik arr..cuma Ikan Pari berat anggaran dalam 7 kg
korang leh tgk gambar2 gelagat geng2 aku yang sempat di ambil masa mancing.& ikan pari yg aku naik kan

Dijeti,baru sampai & tengah merunkan barang ke dalam bot.


Keadaan permandangan dari tepi laut,bot maru memulakan perjalanan untuk ke lokasi memancing

Permandangan dari tengah laut & bot sudah hampir dengan lokasi memancing.


Cam ni la rupanya bila dah mabuk laut,tidur kejap untuk hilang kan rase mabuk & mual2.


Haa..tgh tu..pas rehat sejam dua dah segar balik,semangat gila nak mancing balik walaupun rase mabuk laut tu dia orang rase lagi




Ni la hasil yang aku berjaya pancing & naik kan..bukan apa..sbb tak sangka..niat nak mancing gelama,jadi aku pakai mata 2 mata yang kecik..tau2 joran aku di sambar dengan rakus nya..dah la mase tu tali aku pakai 30lb je.sekali dia sambar tali dari spool BC SALTY STAGE aku keluar ngan laju mcm F1,tapi dengan skill yang ada aku berjaya naik kan juga dalam masa 10 min.dengan berat hati ikan pari tu terpaksa di bahagi 3 bhgn.Tp aku dapat setengah la.Ni kira kali ke 4 aku berjaya menaik kan pari.

Perancangan Trep memancing sebelom bulan pose

Hahahaha...habis blog aku ni penuh ngan sarang labah2..

iyee la..dah berapa lama dah aku langsung tak jenguk,ni semua di sebab kan kesibokan yang melampau2 menimpa aku.ok la aku pon sebenar nya malas nak cita panjang sebab banyak lagi keje yang lom aku selesai kan.

Isyaallah pada 7 ogos ni aku N da geng rancang nak turun memancing di laut bagan pasir tanjung karang.iyee la sebelom bolan pose tiba.kalau turun bolan pose ni nanti aku takut entah kemana nanti pose aku kang.korang pun tau kan kat tengah laut tu cam mane..kan nya ada pokok leh bertedoh kalau matahari atas kepala.

Ok nanti kan laporan & gambar2 dari trep 7 ogos ni.

adiiyooossss

Team Building [Tmn Negara Pahang]

Kemas punya kemas laci meja opis aku...tetiba terjumpa lak CD gambar kursus team building 2006 aku.walaupun dah lama berlalu tp masih segar di ingatan sape yg g kursus ni,pe lagi aku pun tgk la...last2 rase rindu lak kat kursus tu.mane tak rindu nya.sbb kursus cam ni tak kan ada lagi sampai bila2 lagi dah..sbb2nya makan kos yg amat besar..& kerajaan suruh belanja berhemah.Rindu kat kekawan & rakan2 kerja.kursus ni melibat kan 1 malaysia jabatan aku,4 hari 3 malam kalau x silap aku,.tu yg makan kos yg amat tinggi.



yang ni barisan fesi2 kita orang.dia org ber 5 ni mmg x leh renggang langsung..kemana je mesti nak berlima.selamat la waktu mandi x bersama..hehehe




haa..yg kepala xda rambot tu aku la...aku mmg suka botak sejak dari zaman aku sekolah lagi.yg ada depan aku tu member keje aku yg paling rapat ngan aku..tp dia dh pindah kat penang.waktu kursus je la baru leh jumpa dia.

geng2 aku

yg gambar ni waktu tu aku di lantek sebagai ketua kumpulan.jadi tugas yg diberi kan kat aku adalah aku kene promosi diri aku sendiri supaya kekawan vot aku tuk jd ketua terbaik..hehehe

ni gambar jambatan gantung taman negara tu la...dah la tinggi yg amat...panjang lak tu...klu sape yg gayat atau ada sakit jantung aku nasihat kan jgn la naik.

ni tgu nak naik bot meredah sungai pahang.

korang tgk la sendiri sampan yg kita orang naik...aku pun ngeri..bukan apa..kalau la terlanggar batu..mau pecah sampan tu.

masing2 dah letih sbb meredah hutan belantara



yg ni malam terakhir,semua kumpulan kene wat persembahan.tak kira la apa.tu ahli kumpulan aku la tu.
masa ni semua peserta berkumpul tuk pelok2 cium2 salam2..bukan nya tuk apa...sbb pas ni kita orang balikla kat negeri masing.kira nya kursus dah abis

waktu aku rase sape yg rase dirinya hati batu ke,hati keringke...kompom air mata meleleh kuar nya la...mane tak nya..kita org bukan nya jp lagi kalau kursus cam ni tak di buat.takat tu je la posting yg sempat aku masuk kan.banyak lagi gambar2 menarik.tp rase malas lak nak masuk kan bebanyak

Xcident lagi

Kemalangan ni terjadi di selekoh felda bukit cerakah..jalan menuju ke UiTM puncak alam.
Mase ni aku dalam perjalanan balik rumah.kira2 50 meter nak sampai selekoh tu tetiba jem.
aku ingat kan ada rodblok ke,sbb polis selalu duk area ni tahan mane2 kenderaan yang dia tgk lain macam.ngam-ngam sampai selekoh tu baru la aku nampak..rupa nya ada xcident daa..
aku pun x pasti cammane terjadi.tp aku rase lori tanah tu makan jalan waktu selekoh....tu yg lori tu tibai lori roti sedap.selamat la roti tak bertaburan.hehehe.kat dalam gambar ni korang nampak sebiji je lori roti sedap tu kan..sebenar nya lepas je xcident tu berlaku...x sampai 15min..hampir 10 biji group lori roti sedap ni sampai...sory arr aku bukan pro cameraman.ni pun tangkap pakai tpon E71 aku je.

Rumah ku Syurgaku....

Penat Badan buat Deco Rumah


Fuhhh....


Memang penat kalau setengah tahun sekali mengemas rumah,asal nya rumah aku tunggang langgang mcm tongkah pecah.Almaklumla dah ada anak kecik.Ni lum lagi mengemas untuk sambut raya bulan pose.jadi sebelum rumah penuh ngan sawang2 spiderman lg baik aku isi masa lapang sabtu ahad mengemas rumah dengan bini aku.





Gambar2 yang aku masuk kan ni adalah gambar setelah penat aku & isteri tersayang mengemas & merombak balik susunan yang sedia ada.Alamaklum la rumah aku ni kecik jerk.Tu je yang mampu aku sedia kan untuk anak dan isteri aku.










ha tgk tu tak sampai setengah jam anak kesayangan aku dah mula wat sepah..
selamat la dak kecik...kalau besar dah lama dah aku jentik.

Amacam Cantik tak.

Allah Maha Besar "Ular Kepala 5"











Gambar ni aku dapat dari kawan aku...
depa send pakai email.Aku rasa ular ni kat siam ni sbb tgk keadaan sekelilingnya
Tapi cam mane pun itu semua kuasa allah...
ALLAH MAHA BESAR














Ni gambar ular tu dari dekat.
Aku tak pasti ni gambar tol ke atau
super inpose..
tapi tak mustahil ada ular berkepala 5
cam ni.Sbb kuasa ALLAH sape yang tahu

Seorang bapa memukul anak kerana ingin bertudung

Tragis gila cita ni.......


Aku mengeliat sepuas puasnya.Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat.Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam.Airmata terus berlinang.Terasa amat sayu dan sedih.Salah ke kalau aku nak pakai tudung?Naper abah tak benarkan?

Buat pengetahuan korang,bapak aku ni orang yang sibuk giler.
Businessman yang sentiasa sibuk.mak aku dah takder.Meninggal dunia lama dah.Sedih sangat sangat

Dari jendela,kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap.Jam dah 11:00 pagi.Perut lapar.

Aku bangun capai tuala,masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin.Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung.Aku nekad,Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung.Aku sanggup lari rumah.

Demi kebaikan yang aku pilih.Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain.Semuanya tak nak pakai tudung...tapi aku nak.

Aku turun ke bawah.Baru jea nak buka tudung saji atas meja,terdengar bunyi kereta masuk garaj.Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik.Aikkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama,aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung.Now or Never.

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa,aku kata "daddy, chek nak pakai tudung.cheq nak...

Panggggggggggggg..

Bapa aku hayun penampar ke muka aku,Tersepok aku di celah set sofa.


Aduhhhhhhh...

"sampai hati daddy,Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung.Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq?Kalau adik dan abg tak nak......"


panggggggggggggg

Bapaku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku habis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaa...

Hang jangan nak buat pasal..

Hang nak pakai tudung buat apa???

Dah 100 kali aku habaq,LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG,LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG...

Tu la,bila time kelas agama,hang ponteng,nama hang aku boh "Razali",tup tup lekat jadi ZAZA sahaja,Memangla dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki...Abang hang pun lelaki jugak....

Hehehehehe.........

Lawak Bodoh.

Apek: Itu potong zaka ada bagut ka ?
Ali : Manyak bagut... bila lu potong haa lu punya barang manyak bersih loo....
Apek:??...err..saya punya kawan ada cakap, potong zaka aahh...manyak ploblem..
Ali : apa problem ?
Apek: manyak buang lui....lahi aahh..dia punya performance tatak bagut...
manyak siang semputloh...
Ali : Ceh....apek, lu apa celita...saya suda lama potong..tada apa problem..
bini saya manyak puas wooo..
Apek: lu mini puas sama itu potong zaka ka..??
Ali : ya la...bila lu potong aahh...lagi sedap maen woo...lagi lambat pancut...
Apek: ??..err lu punya 1.3 atau 1.5??
Ali : ??..woi apek cakap baik2 sikit haa...saya punya 6 inci..
Apek: ??..tiu nia ma...lu jgn maen2 haa..mana ada potong zaka 6 inci..
Ali : cilaka apek ni....nah tengok (buka seluar tunjuk pale butoh...)
Apek: chee sin punya olang...gua tanya baik2 lu tunjuk lu punya lancau...
Ali : abis....lu tarak percaya ....saya kasi tunjuk la...
Apek: saya tatak tanya sama lu punya lancau..
saya tanya lu pasal itu nasional car...potong zaka...molo punya olang...
Ali : aiya..apek...lain kali lu sebut betul2 la...kasi susa saja...
bukan potong zaka la...proton saga....c******g btulla...

Jenahak Tunggal Tanjung Karang


hahaha...akhir nya terbalas juga dendam mencari ikan besar di laut tanjung karang...Tp maap la ye gambar nya gelap sikit..almaklum la tak sempat nak tangkap gambar masa atas bot.jadi sempat amik gambar pun masa dah sampai rumah dah.Ikan tu ikan Jenahak betina,macam mana aku tahu betina sbb masa potong ikan tu, rupa nya dalam perut dia ada telur daaa..pasal tu aku panggil ikan tu jenahak tunggal.Sbb ikan betina yang tengah bertelur selalunya bersendirian.


tapi hajat aku masih belum kesampaian lagi..
sbb niat aku nak cari ikan pecah periuk (siakap batu)hari yg aku g tu langsung takda apung(tunggul2 nipah yang hanyut di tengah laut.sbb ikan ni sentiasa ada di bawah sampah2 ni.

Xcident 27 may 2010



Kejadian ni berlaku di tempat aku bertugas tarikhnya pada 27 may 2010,esok nya cuti wesak,Petang tu memang hujan lebat dari jam berapa aku pun tak berapa ingat...Xcident ni berlaku 10 min sebelum habis waktu kerja lebih kurang 4.50ptg la...klu tak silap aku la..
Selekoh ni memang dah banyak kali terjadi nya kes cam ni sejak tempat ni mula beroprasi bulan JUN 2009...tak tau la...ade apa yang menunggu kat selekoh ni...nak pikir bukan2 syirik lak kan...jadi anggap je la selekoh ni merbahaya..Alhamdulillah drivernya & penumpang takda kecederaan yang serius.
















































Memancing D laut Tanjung karang

Semalam 9 may 2010,
Aku,Bro Joe, & 2 lagi geng memancing di tanjung karang,
pada mula nya plan semua nya ada lebih kurang 7 orrang yg akan pergi bersama,
last2 masa berkumpul di tempat yg telah di tetap kan hanya 4 orang termasuk aku,
nak tak nak sbb dah book bot & tak nak menghampa kan hati masing2 aku & geng2 terus kan juga perancangan untuk memancing.
Tapi kalau 4 orang je yang memancing jadi paham2 je la..bayaran bot tu...
Harga sewa bot RM500.00..jd bahagi ngan 4 org...korang kira la sendiri.
hati memang panas [f**k] sbb kawan2 lain last min cancel.Kira nya kita orang ni mancing orang kaya la...sebab bayar mahal.
Aku & bro joe geng2 sampai kat jeti kultepat kul 7pg.
Kita orang pun gerak la naik bot ketempat yang tekong janji kan hasil yang lumayan(tempat nelayan merawai)
Umpan lak tekong hanya sedia kan sotong mati & ikan timah..lagi la hati aku ni terbakar..
aku pendam dalam hati ni...rase nak mancing pun tak best dah.
hampir 3 jam kita orang duk mancing kat situ....ikan glemour je yang sudi menjamah umpan kita org...ikan yang baik2 yang tekong tu cakap haram J***h tak jamah umpan langsung.
Bro joe pun hati yang panas suruh tekong pindah main kat tukun yang selalu kita orang main..hasil nya sama gak ikan glemour.
Kira nya hari tu memang hari yang malang wat aku & geng2 aku.
kalau bayar mahal2 cam tu lagi baik mancing kolam..dah tentu dapat main 8 jam terus..dah tentu dapat bawak balik ikan kolam.Hampeh.
Kira last la aku join budak2 yang wat perancangan ni.
Lagi 2 minggu (22 may 2010) aku akan mancing di tanjung karang lagi tapi ngan member2 yg selalu gi ngan aku.Moga2an dapat la hasil yang memberangsangkan.insyaallah akan ku update kan blog aku ni ngan hasil 22 may ni.
wokey perut pun dah berdangdut ni..aku nak p makan dulu...
jumpa lg..................

Kerapu Sementa

Alhamdulillah rezeki...
hari selasa 2 march 2010 balik dari keje hati aku tergerak nak g mancing...
lg pun dah hampir 2 minggu aku rehat tak mancing...
aku pun gerak dari rumah menuju ke kolam..
asal nya aku nak layan kolam jeram...tp entah kenapa tetiba stereng kereta ajak aku ke kolam sementa..
aku sampai kolam tu lebih kurang kul 6.30ptg....
aku pun punch in...6.30ptg main 3 jam makna nya habis kul 9.30pm...Jumlah RM45
dah gian nya pasal .....
pas punch in aku terus menuju ke depan sangkar...
pe lg....udang idup la menjadi umpan kegematan aku...dengan teknik bottom 2 mata.
pancing punya pancing hampir 3 jam...
joran aku haram d sentuh...
orang lain pun sama...langsung ikan x jamah..
hati aku pun dah mula panas....mane tak nya jam dah kul 9mlm....lg setengah jam habis la masa aku
aku pun tarik pancing aku...aku tukar umpan udang aku aku...
lalu aku ubah posisi aku...aku balik kat tengah tukun yg org21 situ ckp..
5 min lg aku kene punch out masa dah nak tamat...
geram punya psl...aku tarik pancing aku pelan2..
TUP...TUP...TUP...aku rasa...
berdebar jantung...aku lepas kan tali...aku biar ikan tu tarik....
bila dia dah tarik laju & kuat...aku pun terus hookla....
hasil nya setelah sampai kedarat dapat la aku kerapu ni...

Pemergian Org yg kira rapat ngan aku

Semalam 22 Feb 2010...
aku telah kehilangan org yg rapat ngan aku...
bukan kawan atau bukan adik beradik....
tapi bapa saudara aku,
bapa saudara aku la yg membesar kan aku dari umur aku sebulan sehingga la mencecah 10tahun...

Bapa saudara aku meninggal dunia akibat paru-paru telah rosak & gagal berfungsi dengan baik...
klu dengar apa yg doktor cakap...tahap kronik la...
punca nya ada lah sbb rokok....rokok...rokok....rokok...
aku pun mula risau...sbb aku pun perokok juga...
knp la rokok ni wujud...

bukan senang nak tinggal kan tabiat merokok ni..
sekali dah kene mmg ketagih..
jadi kepada sesiapa yg tak merokok jgn la sesekali nak cuba...

Bapa saudara aku meninggal dunia d rumah nya sendiri d banting
15min sesudah makan tengah hari
beliau meninggal dunia d pangkuan isteri tersayang....

sedih....sedih...sedih....

Kerapu (Jeram)

lama dah aku x update blog aku ni....
almaklum la sibuk skit awal2 tahun ni...
keje pun bertambah banyak...
Ari Jumaat ari tu aku cuti ingat kan nak rehat....tp demam lak...
demam pun demam la....
aku kuat kan semangat sbb nak g kolam jeram.....
bising gak la bini aku....
spi je kat kolam jeram jam kul 2.45ptg....
aku terus punch masuk...aku duk kat hotspot..
kat ngan sangkar no 1...
udang idup jd pilihan aku & teknik bottom...
aku pun baling la...tak spi 15 min rod aku melentur....
kali ni melentur lain mcm...x macam jenahak tarik...
aku cpi rod aku...aku gulung plan2 bg tali tegang & terus hook...
mak aiii..punya berat la ikan yg melawan tu...
brother2 yg kat kolam tu pe lg...bising la dia org...ada yg kata pam la...tangguk la...kerapu la...
tu semua aku x kisah...
dengan tali 20lb perambut 50lb...aku pam pelan2...
akhir nya aku bila dh spi tepi terkezut gak la aku....
sekali kerapu naga la....
pe lg bila dah nampak...aku pun gulung tul2..takut terlepas beb...
dah la tangguk x bawak...
takut terlepas kang...nyesal x sudah...
spi tul2 kat tepi aku capai tali perambut cepat2 aku naik kan ikan tu kat atas darat....
alhamdullilah...berjaya aku naik kan...
pe lg pas tu bwk timbang....ngam2 3 kilo...
ingat kan leh masuk jackpot...hampeh....
paling rendah pun 4 kilo lebih....
kat sini aku serta kan gambar nya sekali tuk ko rang tgk & tuk kenag2an aku...




Kekejaman orang yahudi

Korang mesti tengok berita tiap2 mlm kan,
maksud aku pasal perang kat iraq tu...
aku pun x tau la knp dia org ni asik nak berperang je....
x suke ke duk aman damai...????
Yg aku kesian ...budak2 kecik jd mangsa...
korang tgk la sendiri pic yg aku upload kat dlm ni....