Selamat Membaca & Melayari blog Aku

Untuk tatapan Kaki Pancing

Gambar2 ni aku nak share ngan kekawan yang sama hobi ngan aku

Aku tengok pon ngeri beb..tetiba rase cam nak berenti mancing...mane idak nya...leh buta di buat nya

jadi berhati2 la mase memancing tu yee



Mata tiga yang selalu di guna kan oleh kaki casting yang di pasang pada gewang



Tengok lah...ngeri beb....



Kolam Berjaya [Sementa]

Semenjak Kolam berjaya masok dalam majalah pancing keluaran Jan 2011,kolam yg ku selalu pancing ni mula nak tarik pemancing kembali,Hari jumaat minggu lepas siakap sampai lebih kurang 600 ekor,200 terus d lepas kan,setengah jam pastu siakap2 ni terus makan umpan2 yg ada di situ,ramai la pemancing yg aku lihat senyum spi ke telinga,mane idak nya.....dh berapa lama kaki2 casting ni menunggu siakap kembali dalam kolam berjaya ni,yang aku dengar lak 2 hari lepas,tokey kolam tu sendiri cakap kat aku,jenahak & MJ akan spi minggu depan lebih kurang 1 tan, berapa ratus ekor yg akan d lepas kan sekali gus aku pun tak pasti lagi.kita tgu dan lihat,skang ni kolam berjaya ni dh mula di penuhi oleh pemancing2 kembali,aku harap tokey kolam ni akan jaga & faham jiwa pemancing2 yg ada di kolam tu,apa yg pemancing nak semasa berada dalam gelanggang kolam tu.klu tokey ni masih wat tak faham lagi,alamat kolam tu akan kembali sunyi sepi kembali seperti dulu.wokey la aku punnak sambung keje,insyaallah aku akan masok kan gambar2 keadaan kolam tu & ikan2 yang berjaya pemancing naik kan.insyaallah.

Muka Masuk Majalah Pancing 2011...muahwawawa...

Assalammualaikum...
lame dah aku tak update ku punya blog ni.almaklumlah takda idea atau maklumat pasal mancing tok ku masuk kat dalam blog ku ni.
Semalam 5 Jan 2011 ku cuti...boring punya pasal ku g kedai beli la majalah pancing keluaran Jan 2011 tok ilag kan boring ku ni.Selak punya selak terkezut kejap ku,mane tak nya muka ku masok dalam majalah pancing keluaran Jan 2011 ni,jadi artis la ku kejap.Gambar2 yg ku masok kan kat bawah ni lokasi nya di kolam berjaya sementa [kolam yg selalu aku mancing]tak kira sama ada ada ikan ke tak.Dh nama pemancing,jji dapat casting dalam kolam dh memadai.dh tau ikan xda.tp nak mancing gak.

Gambar dalam bulatan merah tu aku lah dengan hasil pancingan yg telah berjaya ku naik kan dalam mase 1 setengah jam


Siakap putih & siakap Merah atau lebih d kenali sebagai MJ yg brjaya d pancing


Yg pakai baju biru sambil mengangkat kerapu naga tu kawan ku lah,Sri nama gelaran nya,kira dia ni otai siakap.tp tak tau la pe mimpi dia mancing kerapu naga ni

Kemalangan Ngeri

23 Ogos 2010, Kemalangan ni berlaku di tempat yang sama dimana Lori roti dengan lori hantu bertembung iaitu laluan ke puncak alam berdepan dengan projek penjara yang sedang dibina, Kemalangan kali ini lebih tragis & boleh di katagorikan ngeri juga la bagi aku. Sbb kemalangan ni melibatkan motosikal & trelar membawa muatan besi serta menyebabkan kematian.Bagaimana kemalangan ni terjadi aku pun tak berani nak cakap.Aku malas nak cita panjang.Ko rang tengok la gambar2 yang sempat aku ambil.Sebelum tu mari la kita sedekah kan Al-Fatihah kepada mangsa tersebut kerana mangsa adalah berugama islam

Mayat telah di tutup sementara menunggu ambulan tiba


Gambar kemalangan dari jauh


Keadaan motosikal mangsa Yamaha 125z




Keadaan lori [lori tersebut telah merempuh kedai hardware dan berada di dalam parit kecil yang ada]

Laporan Trep Mancing

Alahamdulillah selamat pergi & pulang..
Seperti yang aku kata kan kat dalam blog aku ni,akan aku tulis & letak kan gambar2 trep mancing 7 ogos ari tu untuk tatapan korang.
Trep tu leh dikatakan hasil kurang memberangsang kan...tak tahu la knp..mungkin ikan belajar pose kot sebelum ramadhan tiba.sbb ikan gelama yg paling mudah dapat pun terlalu kurang.
Tapi alhamdulillah rezeki aku dapat ikan GRED A.
Bukan ikan sisik arr..cuma Ikan Pari berat anggaran dalam 7 kg
korang leh tgk gambar2 gelagat geng2 aku yang sempat di ambil masa mancing.& ikan pari yg aku naik kan

Dijeti,baru sampai & tengah merunkan barang ke dalam bot.


Keadaan permandangan dari tepi laut,bot maru memulakan perjalanan untuk ke lokasi memancing

Permandangan dari tengah laut & bot sudah hampir dengan lokasi memancing.


Cam ni la rupanya bila dah mabuk laut,tidur kejap untuk hilang kan rase mabuk & mual2.


Haa..tgh tu..pas rehat sejam dua dah segar balik,semangat gila nak mancing balik walaupun rase mabuk laut tu dia orang rase lagi




Ni la hasil yang aku berjaya pancing & naik kan..bukan apa..sbb tak sangka..niat nak mancing gelama,jadi aku pakai mata 2 mata yang kecik..tau2 joran aku di sambar dengan rakus nya..dah la mase tu tali aku pakai 30lb je.sekali dia sambar tali dari spool BC SALTY STAGE aku keluar ngan laju mcm F1,tapi dengan skill yang ada aku berjaya naik kan juga dalam masa 10 min.dengan berat hati ikan pari tu terpaksa di bahagi 3 bhgn.Tp aku dapat setengah la.Ni kira kali ke 4 aku berjaya menaik kan pari.

Perancangan Trep memancing sebelom bulan pose

Hahahaha...habis blog aku ni penuh ngan sarang labah2..

iyee la..dah berapa lama dah aku langsung tak jenguk,ni semua di sebab kan kesibokan yang melampau2 menimpa aku.ok la aku pon sebenar nya malas nak cita panjang sebab banyak lagi keje yang lom aku selesai kan.

Isyaallah pada 7 ogos ni aku N da geng rancang nak turun memancing di laut bagan pasir tanjung karang.iyee la sebelom bolan pose tiba.kalau turun bolan pose ni nanti aku takut entah kemana nanti pose aku kang.korang pun tau kan kat tengah laut tu cam mane..kan nya ada pokok leh bertedoh kalau matahari atas kepala.

Ok nanti kan laporan & gambar2 dari trep 7 ogos ni.

adiiyooossss

Team Building [Tmn Negara Pahang]

Kemas punya kemas laci meja opis aku...tetiba terjumpa lak CD gambar kursus team building 2006 aku.walaupun dah lama berlalu tp masih segar di ingatan sape yg g kursus ni,pe lagi aku pun tgk la...last2 rase rindu lak kat kursus tu.mane tak rindu nya.sbb kursus cam ni tak kan ada lagi sampai bila2 lagi dah..sbb2nya makan kos yg amat besar..& kerajaan suruh belanja berhemah.Rindu kat kekawan & rakan2 kerja.kursus ni melibat kan 1 malaysia jabatan aku,4 hari 3 malam kalau x silap aku,.tu yg makan kos yg amat tinggi.



yang ni barisan fesi2 kita orang.dia org ber 5 ni mmg x leh renggang langsung..kemana je mesti nak berlima.selamat la waktu mandi x bersama..hehehe




haa..yg kepala xda rambot tu aku la...aku mmg suka botak sejak dari zaman aku sekolah lagi.yg ada depan aku tu member keje aku yg paling rapat ngan aku..tp dia dh pindah kat penang.waktu kursus je la baru leh jumpa dia.

geng2 aku

yg gambar ni waktu tu aku di lantek sebagai ketua kumpulan.jadi tugas yg diberi kan kat aku adalah aku kene promosi diri aku sendiri supaya kekawan vot aku tuk jd ketua terbaik..hehehe

ni gambar jambatan gantung taman negara tu la...dah la tinggi yg amat...panjang lak tu...klu sape yg gayat atau ada sakit jantung aku nasihat kan jgn la naik.

ni tgu nak naik bot meredah sungai pahang.

korang tgk la sendiri sampan yg kita orang naik...aku pun ngeri..bukan apa..kalau la terlanggar batu..mau pecah sampan tu.

masing2 dah letih sbb meredah hutan belantara



yg ni malam terakhir,semua kumpulan kene wat persembahan.tak kira la apa.tu ahli kumpulan aku la tu.
masa ni semua peserta berkumpul tuk pelok2 cium2 salam2..bukan nya tuk apa...sbb pas ni kita orang balikla kat negeri masing.kira nya kursus dah abis

waktu aku rase sape yg rase dirinya hati batu ke,hati keringke...kompom air mata meleleh kuar nya la...mane tak nya..kita org bukan nya jp lagi kalau kursus cam ni tak di buat.takat tu je la posting yg sempat aku masuk kan.banyak lagi gambar2 menarik.tp rase malas lak nak masuk kan bebanyak