Selamat Membaca & Melayari blog Aku

Laporan Trep Mancing

Alahamdulillah selamat pergi & pulang..
Seperti yang aku kata kan kat dalam blog aku ni,akan aku tulis & letak kan gambar2 trep mancing 7 ogos ari tu untuk tatapan korang.
Trep tu leh dikatakan hasil kurang memberangsang kan...tak tahu la knp..mungkin ikan belajar pose kot sebelum ramadhan tiba.sbb ikan gelama yg paling mudah dapat pun terlalu kurang.
Tapi alhamdulillah rezeki aku dapat ikan GRED A.
Bukan ikan sisik arr..cuma Ikan Pari berat anggaran dalam 7 kg
korang leh tgk gambar2 gelagat geng2 aku yang sempat di ambil masa mancing.& ikan pari yg aku naik kan

Dijeti,baru sampai & tengah merunkan barang ke dalam bot.


Keadaan permandangan dari tepi laut,bot maru memulakan perjalanan untuk ke lokasi memancing

Permandangan dari tengah laut & bot sudah hampir dengan lokasi memancing.


Cam ni la rupanya bila dah mabuk laut,tidur kejap untuk hilang kan rase mabuk & mual2.


Haa..tgh tu..pas rehat sejam dua dah segar balik,semangat gila nak mancing balik walaupun rase mabuk laut tu dia orang rase lagi




Ni la hasil yang aku berjaya pancing & naik kan..bukan apa..sbb tak sangka..niat nak mancing gelama,jadi aku pakai mata 2 mata yang kecik..tau2 joran aku di sambar dengan rakus nya..dah la mase tu tali aku pakai 30lb je.sekali dia sambar tali dari spool BC SALTY STAGE aku keluar ngan laju mcm F1,tapi dengan skill yang ada aku berjaya naik kan juga dalam masa 10 min.dengan berat hati ikan pari tu terpaksa di bahagi 3 bhgn.Tp aku dapat setengah la.Ni kira kali ke 4 aku berjaya menaik kan pari.

0 ulasan:

Catat Ulasan